12 November 2009

Bengkel Jahitan Manik Labuci - 20 Teknik Plus Bonus 2 Teknik Jahitan Bunga Labuci

Ingin Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Menjahit Manik & Labuci pada pakaian..?
Atau Ingin Menjahit Untuk Pakaian Sendiri..?
Jom Pelajari 20 Teknik/Paten Jahitan Manik Labuci.




Bengkel Asas Jahitan Manik & Labuci
Tarikh: 05hb Dec 2009 (Sabtu)
Tempat: Taman Nusantara, Jln Makloom, Georgetown, Penang
Yuran: RM150 (sila buat bayaran deposit RM50 sebagai pengesahan dan baki RM100 boleh bayar masa kelas)
Masa: 9.30am - 5.00pm

Bahan-bahan jahitan disediakan dan peserta boleh bawa balik selepas kelas (kain, jarum, benang, gunting, manik, labuci, bekas manik, nota).

Peserta akan diajarkan 20 teknik jahitan manik dan labuci, Plus Bonus 2 teknik jahitan bunga labuci.

Makan tengahari disediakan dan setiap peserta akan menerima sijil penyertaan.

Jika berminat sila hubungi:
Syafazaliza
012-5770106
Email:
businessputryiee@yahoo.com
Blog: http://syafazalizacollection.blogspot.com/

**Sila bawa pakaian atau kain jika ada, untuk saya berikan cadangan paten dan warna manik yang diperlukan.

05 November 2009

Tahniah Buat Siti Jumaah


Tengahari tadi saya terima email daripada Siti Jumaah, dia adalah salah seorang peserta Bengkel Jahitan Manik yang diadakan pada 31hb Okt 2009 yang lalu.
Dia emailkan gambar hasil jahitan maniknya.. tengok gambar dibawah ni.. dia jahit manik pada baju anaknya.. cantikkan.. walaupun masih baru mencuba namun hasilnya memuaskan..
Congrats and keep up the good work Siti.. :)




03 November 2009

Lakaran Manjalara Sweety Sherry

Atas permintaan salah seorang peserta yang datang ke Bengkel Jahitan Manik Labuci pada sabtu lepas, ini adalah lakaran design jahitan manik Manjalara Sweety Sherry yang saya lukiskan pada baju kurungnya.
Saya lukis ni free hand ye, tak guna apa2 acuan/template..
Garisan2 tu akan hilang selepas dicuci sebab saya guna Water Erasable Pen.
Asma, nanti jahit manik cantik-cantik ye... :)