27 June 2011

Bengkel Asas Jahitan Manik pada 25 Jun 2011

Bengkel Asas Jahitan Manik pada 25 Jun 2011

Seorang peserta (Cik Nurul Naim) tidak dapat hadir pada bengkel yang lepas. Atas permintaan beliau yang begitu teruja untuk belajar, jadi saya aturkan bengkel perseorangan untuknya..
Selepas selesai menyiapkan 20 paten yang diajar, banyak betul manik dan labuci yang di borongnya untuk dibawa balik.. Jahit dik jangan tak jahit.. :D
Pagi ni saya dapat info yang dia dah siapkan jahit manik pada 2 helai baju kurung dalam masa 2 hari... Wow..! Sungguh effektif.. Syabas.. :D

21 June 2011

Bengkel Jahitan Bunga Labuci Mekar Setaman - 19hb Jun 2011

Bengkel Jahitan Bunga Labuci Mekar Setaman - 19hb Jun 2011

Alhamdulillah... semua 20 paten jahitan bunga labuci yang diajar berjaya disiapkan dengan sempurna oleh semua peserta..
Pasti busana raya tahun ini lebih meriah dan ceria dengan bunga-bunga labuci...
Tahniah kepada Cik Nisha, Cik Azianni dan Dr Azerinna...



20 June 2011

Bengkel Asas Jahitan Manik pada 18hb Jun 2011

Bengkel Asas Jahitan Manik - 18hb Jun 2011
Tahniah diucapkan kepada semua peserta bengkel kerana dengan jayanya dapat menyiapkan jahitan yang cantik dan kemas..

Kesemua 20 teknik jahitan berjaya disiapkan dalam pkl 4.30pm..
Tahniah sekali lagi kepada Puan Prani, Puan Aina, Puan Hazlen dan Cik Nisha... Semoga Maju Jaya..

10 June 2011

Map ke Lokasi Bengkel


Map Ke Lokasi Bengkel
Alamat: D-2-1, Taman Nusantara, Jalan Makloom, Georgetown, Penang.

08 June 2011

Bengkel Asas Jahitan Manik - Bengkel Bunga Labuci Mekar Setaman

Ingin Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Jahitan Manik Pada Raya Tahun Ini..? Atau Nak Jahit Untuk Baju Sendiri..?

Belajar 20 Teknik Asas Jahitan Manik Labuci
Tarikh : 18hb Jun 2011 (Sabtu)
Jam : 9.30am - 5.30pm. Yuran : RM180
Tempat : Taman Nusantara, Jalan Makloom, Georgetown

Belajar 20 Teknik Jahitan Bunga Labuci Mekar Setaman
Tarikh : 19hb Jun 2011 (Ahad)
Jam : 9.30am - 5.30pm. Yuran : RM180
Tempat : Taman Nusantara, Jalan Makloom, Georgetown

Peralatan jahitan disediakan.
Hasil jahitan akan menjadi milik peserta.
Makanan dan sijil penyertaan diberikan.

Daftar Sekarang..! Tempat Terhad..
Sila Hubungi: Puan Syafa 012-5770106